Friday, 18 December 2009

TIADA SEMPADAN KAUM - KEMENANGAN DALAM BIDANG SUKAN



Kemenangan dalam sukan bola sepak  menentang Vietnam malam semalam merupakan kejayaan paling manis
sejak 20 tahun dalam arena ini. Apa yang menarik ialah semua rakyat Malaysia pelbagai kaum menyokong agenda Malaysia untuk merebut kejohanan dan membawa balik pingat yang diidamkan. Pasukan yang dikalahkan bukannya dari kalangan pasukan yang boleh diperlekehkan malah merupakan pasukan yang sentiasa berada dalam perlawanan akhir sejak empat tahun lalu. Oleh itu mengambil iktibar dari fenomena ini wajarlah kerajaan memperkukuh penyertaan murid dan pelajar di dalam bidang kokurikulum terutamanya dalam aspek kesukanan yang boleh memupuk persefahaman 1 Malaysia seperti yang laungkan oleh semua. Selain dari itu pasukan Rajagobal yang meraih kejayaan demi kejayaan ini bukanlah merupakan pasukan yang telah siap dalam semalaman tetapi merupakan suatu perancangan rapi oleh pihak kerajaan dalam menaikkan mutu pencapaian dalam arena ini. Semua pejuang dalam pasukan ini merupakan anak-anak muda berketrampilan dan berkewibawaan dan dilatih sejak kecil lagi di dalam sekolah atau akdemi sukan masing-masing.
Posted by sysalq at 13:53 0 comments

Wednesday, 16 December 2009

APA LAGILAH YANG TINGGAL PADA ORANG MELAYU!

Salam,
Kes paling menyakitkan hati terbaru yang dibawa oleh  Nga Kor Ming dari DAP merupakan nyalaan api yang bakal membakar. Pemuda DAP yang beraliran sosialis dan berkelulusan LLB ini mungkin perlu belajar menghayati apa perasaan Orang Melayu apabila secara semberono mempertikai tentang pembinaan masjid di Malaysia. Apakah keadilan itu bermakna sama rata dan sama rasa? Tidak cukupkah apa yang telah mereka lakukan selama ini? Bukankah puak-puak ini yang telah dahulunya memulakan berdemonstrasi sambil mencaci Orang Melayu pada 1969? Apa yang kita harus pelajari ialah mereka pada masa itu telah bergabung dengan organisasi yang sekaum dengan mereka. Adakah itu bukan racist? Adakah fenomena penggabungan itu tidak berulang? Jika mereka bergabung apa yang akan terjadi kepada lanskap politik Ketuanan Melayu?

Apabila telah berlaku sesuatu yang buruk dan mengakibatkan kerugian besar kepada kaum mereka maka mereka menuduh Orang Melayu seolah-olah menzalimi mereka. Oleh ketidakpuasan hati yang meluap-luap mereka menulis buku yang kononnya untuk menyingkap perkara yang diselindung disebalik peristiwa berdarah tersebut. Kononnya rahsia sudah boleh dibongkar atas dasar melebihi tempoh dan kebebasan bersuara. Apa tujuan penerbitan buku seumpama itu? Untuk membakar semangat perjuangan Orang Melayu?

Mereka perlu tahu bahawa Orang Melayu telah hilang segala-galanya. Jika mereka alpa tentang ini  mereka harus mengingati baik-baik bahawa nama negara ini sebelum ini ialah Tanah Melayu. Mengapa perkataan Melayu ada pada nama negara ini? Dan mengapa nama negara ini dijenama kembali menjadi Malaysia. Jangan buat-buat tidak perasan bahawa perkataan "Malay" masih tercatat pada nama baru itu! Jika mereka gagal menghayati realiti ini maka mereka adalah dari golongan tidak sedar diri. Tanah siapa? TANAH M-E-L-A-Y-U !!!

Hendak dihapuskan realiti ini? JANGAN!  Dan mereka semua harus sedar bahawa ini tempat asal Orang Melayu. Kerajaan Nusantara yang memerintah sejak berkurun lamanya di sini. Melaka menjadi pusat dagangan besar sejak dari dulu lagi. Siapa memerintah Melaka dan negeri-negeri lain pada masa itu? Ada sesiapa BUTA sejarah?

Setelah negeri Tanah Melayu seperti Singapura, Negeri Pulau Pinang, Selangor jatuh ke tangan mereka adakah masih Orang Melayu tidak sedar apa agenda yang mereka rancangkan sekarang ini? Agaknya adakah Pulau Pinang itu kita boleh dapat kembali? "Berkerat rotanlah" dan "berputih matalah" kamu untuk mendapatkannya kembali dan kalau dapat pun Orang Melayu bukanlah orangnya.

Orang Melayu memang diberi keistimewaan dalam perlembagaan. Apa yang hendak dibisingkan? Ini negara asal Orang Melayu apa mereka tidak sedar lagi? Orang Melayu ditakrif sebagai Orang Islam yang berbudaya Melayu dan bertutur dalam Bahasa Melayu. Apa yang hendak dikecohkan tentang Agama Islam yang memang mendapat hak sebagai Agama Rasmi di sini? Agama ini adalah Agama yang dianuti oleh Orang Melayu terutamanya! Masjid adalah tempat muslim yang kebanyakannya Melayu beribadat. Mengapa hendak dicemburukan? Kerajaan wajar memberi peruntukan kepada pembinaan ini sebab itu peruntukan perlembagaan. Kami Orang Islam dan Melayu memang sejak berpuluh tahun dahulu memotong gaji kami untuk didermakan kepada pihak yang berkaitan dengan urusan Agama Islam termasuk dalam hal pembinaan Masjid.Apa sumbangan mereka dalam hal masjid ini.  Dan persoalan di atas ini adalah paling sensitif dan jangan bermain dengan hak yang telah diberi ini jika mahu hidup dalam harmoni.

Bermacam-macam onar yang dibawa oleh mereka ini termasuklah hendak membawa orang yang bertanggungjawab membunuh Orang Melayu di zaman komunis. Bermacam-macam cobaan dan provokasi yang bertali arus menduga keimanan kita semua.  Penulis tidak pernah lupa tentang bagaimana golongan komunis itu menyerang membakar dan membunuh datuk penulis sendiri. Walau pun pahlawan itu tersungkur dalam hujan peluru yang datangnya dari lebih dari 40 orang namun Allahyarham tetap terus berjuang dan sempat membenam pisau belati yang dibawanya. Perkara ini berlaku akibat pakatan sesetengah pihak yang merancang untuk membawa mayat Allahyarham Penghulu kampung Teluk Ramunia itu ke dalam hutan untuk ditunjukkan kepada ketua jahannam mereka. Dan yang sedihnya, ditengah-tengah kumpulan penjenayah itu terdapat pula orang melayu sendiri yang bertindak sebagai penerobos ilmu Amalan Kyiai Saleh bagi mengalahkan kaum  mereka sendiri!

Perhatikanlah sentiasa ada orang melayu yang bersubahat dengan mereka ini yang akan menjadi penghancur kaum mereka sendiri. Semua penduduk Malaysia berkata jangan bercakap dalam konteks perkauman tetapi jika mereka mengetepikan hak Orang Melayu, memperli, memijak dan cuba merampas maka adakah kita juga ingin terus "make don't know" menjaga hati mereka? Kalau difikirkan, Allahyarham Tun Tazak sendiri terpaksa berhempas pulas untuk mewujudkan sekolah satu aliran namun mereka sehingga sekarang tidak mempedulikan seruan itu. Mereka terus mempertahankan sekolah kaum mereka dan dalam masa yang sama Orang Melayu menggadaikan Sekolah Kebangsaan untuk dibuka kepada Orang bukan Melayu. Jika mereka tidak mahu bertolak ansur dan terus dengan agenda tersembunyi mereka kenapa tidak kita pula menubuhkan Sekolah Melayu yang khusus kepada Orang Melayu sahaja. Memang pun Orang Melayu tiada sekolah khusus!

Apa yang tinggal pada Orang Melayu sekarang ini? JAWAB!!!!

PERSOALAN MEMPERKASA SEKOLAH KEBANGSAAN



Salam,

Rancangan NTV7 yang disiarkan semalam (Sabtu 28hb Nov 2009 sekitar jam 6.00 -7.00 malam) dalam medium Mandarin seharusnya ditapis betul-betul dahulu  sebelum disiarkan - jelasnya Media Prima harus tengok-tengokkan.  Jika tidak demikian, program seperti ini tidak akan membantu memenangi hati masyarakat Cina terhadap Kerajaan Malaysia di bawah BN. Sebaliknya apa yang bakal ditimbulkan ialah kebencian terhadap Kerajaan Pusat yang akan membuatkan masyarakat Cina menuduh bahawa kerajaan sengaja memperlekeh masyarakat cina.

Rancangan yang disiarkan itu lebih merupakan kritik masyarakat kepada pihak yang dipandang serong dan pengendali rancangan menemuramah pelbagai pihak yang akhirnya jika tidak diberi perhatian terhadap sekuen dan editingnya akan membuatkan penontonnya mempercayai bahawa kerajaan memang mengamalkan dasar pilih kasih. Siri yang ditayangkan itu memaparkan masalah ketidaksempurnaan fizikal di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan isikandungan temuramah dengan Jemaah Pengurus Sekolah berkenaan lebih kepada mengkritik kerajaan yang dilihatnya tidak adil dalam memberi peruntukan berbanding dengan sekolah kebangsaan. Mereka mendakwa bahawa kerajaan hanya membina sederet bangunan berbanding dengan bangunan yang mereka bina sejak lama dahulu. Perbandingan ini seolah-olah ingin menarik perhatian masyarakat bahawa kerajaan "mengelat" dalam memberi bantuan seolah-olah apa yang dipentingkan oleh kerajaan ialah pengaruh di dalam sistem sekolah berkenaan.

Jika kita melihat kepada komen-komen seperti ini maka kita tentu berfikir bahawa usaha untuk mewujudkan sekolah satu aliran telah masuk era hampir mustahil. Masyarakat Cina cukup mengambil berat integriti SJKC dan bila melihat rentetan sejarah kita akan melihat bahawa penentangan terhadap sekolah satu aliran bukannya hanya datang dari luar malah dari dalam BN sendiri. Keperitan untuk memperkenal konsep Sekolah Wawasan dan Pengambilalihan Sekolah Kebangsaan di Johor Jaya, Johor untuk dijadikan SJKC pada suatu masa dulu sudah cukup untuk kita "membaca" bahawa terdapat pandangan sinis yang pesimis terhadap sebarang bentuk 'pencairan' konsep SJKC. Mereka berpendapat bahawa menghapuskan SJKC seolah-olah menghapuskan budaya mereka.
 
Dewasa kini ada ura-ura untuk mengembali usaha mengehadkan sekolah vernakular ini. Adakah ianya akan berjaya? Ada banyak kerja fundamental yang harus dilakukan terlebih dahulu sebelum memulakannya kembali seperti kaitannya dengan Perlembagaan Negara dan akta tertentu, keduanya berkaitan dengan sikap MCA dan MIC sendiri.

Suatu usaha yang cerdik yang mungkin perlu dipertimbangkan ialah menjadikan Sekolah Kebangsaan (SK) benar-benar perkasa dengan kelengkapan sistem, infrastrukur dan standard. Usaha berkenaan termasuklah menawarkan semua disiplin yang ada di sekolah vernakular juga terdapat di SK dan ini memaksudkan bahawa fizikal SK harus bersedia dan muat untuk semua itu. Walau pun mekanisma "Memperkasa Sekolah Kebangsaan" termaktub dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) namun ianya perlu diterjemahkan kepada realiti secepat mungkin. Kejayaan konsep dan mekanisma itu amat bergantung kepada inovasi dan kreativiti yang akan membantu menjayakannya. Sebagai contohnya ialah sistem pengurusan perlu diiringi oleh kecanggihan ICT yang memerlukan kreativiti dan inovasi dimana kaedah manual hanya akan kelihatan ketinggalan zaman dan melambatkan masa respons terhadap sistem penyampaian.

Dalam proses memperkasa SK ini, jika di sekolah, guru besar dan pengetuanya dipilih dari orang  yang berkelulusan dan berwibawa maka di Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) harus juga mempunyai gambaran yang sama. Kita tidak mahu melihat keadaan dimana masyarakat hilang kepercayaan jika kakitangan yang telah jadi "dead wood" dipindah pula ke PPD (rujukan kepada cadangan sesetengah pihak baru-baru ini) yang kemudian ditugaskan untuk membetulkan pihak sekolah pula. Jika demikian ianya kelihatan amat anih dan tunggang-terbalik!

Sunday, 17 May 2009

NOSTALGIA HARI GURU

Salam,
Tahun 2009 menyaksikan fenomena keunikan Sambuntan Hari Guru. Hari Guru jatuh pada 16 Mei setiap tahun namun oleh kerana tarikh berkenaan bertindih dengan hari Sabtu maka sambutan rasminya di banyak sekolah dibuat pada hari Isnin 18 Mei 2009.