Kemenangan dalam sukan bola sepak menentang Vietnam malam semalam merupakan kejayaan paling manis
sejak 20 tahun dalam arena ini. Apa yang menarik ialah semua rakyat Malaysia pelbagai kaum menyokong agenda Malaysia untuk merebut kejohanan dan membawa balik pingat yang diidamkan. Pasukan yang dikalahkan bukannya dari kalangan pasukan yang boleh diperlekehkan malah merupakan pasukan yang sentiasa berada dalam perlawanan akhir sejak empat tahun lalu. Oleh itu mengambil iktibar dari fenomena ini wajarlah kerajaan memperkukuh penyertaan murid dan pelajar di dalam bidang kokurikulum terutamanya dalam aspek kesukanan yang boleh memupuk persefahaman 1 Malaysia seperti yang laungkan oleh semua. Selain dari itu pasukan Rajagobal yang meraih kejayaan demi kejayaan ini bukanlah merupakan pasukan yang telah siap dalam semalaman tetapi merupakan suatu perancangan rapi oleh pihak kerajaan dalam menaikkan mutu pencapaian dalam arena ini. Semua pejuang dalam pasukan ini merupakan anak-anak muda berketrampilan dan berkewibawaan dan dilatih sejak kecil lagi di dalam sekolah atau akdemi sukan masing-masing.

No comments:
Post a Comment